Welcome To My Paradise !!  Budak comeii || Follow or Dashboard
I'm Yours
About Links Entries

Kem C.M.E (Cemerlang - Mumtaz - Excellent )
Tuesday 14 August 2012 | 03:16 | 0 comments

Haiii ! Lamenye Ain tak update blog kesayangan Ain ni . Dah banyak dah sawang2 nye ni . Hari ni Ain nak bersihkan balik blog ni supaya kelihatan lebih ANGGUN Ehh,, cam tak normal je ayat tu HAHA lantak lah.
Ain nak cite pasal P E N G A L A M A N Ain dalam kem ni .                                                                      Sape nak tahu nama kem ni tolong baca title di atas yaww .

Kem ni diadakan kat sekolah Ain je . Kem ni khas untuk murid darjah 6 saje yang bakal menempuhi
peperiksaan UPSR yang tak lama lagi supaya kitorg lebih bermotivasi .
Kem ni lah satu-2 nye kem yang paaaaaling best bagi Ain lah . Fasilitator nye semua sporting .
Cuma sorang tu ok gak tapi garang skit arr. Asal tak betul sikit je denda .                                                Nasib baik lah kami semua ni tak buat hal .

Kitorang bermalam / berada di sekolah selama tiga hari dua malam . Aktiviti semua best gilerr ah !
Antara aktivitinya ialah buat kapal terbang guna surat khabar yang boleh memuatkan
semua ahli kumpulan , cipta menara yang kukuh menggunakan surat khabar , perang belon,
lari seratus meter di padang yang berlecak dan ada penghalangnya sekali n baaanyak lagi .

Pukul 12 malam kitaorang main satu permainan yang bertajuk ' Ya Allah bantulah aku ' .
Pelik gak bila dapat tahu tajuknya .. permainan apa agaknya ? pukul 12 tgh malam pulak tu .
Macam ni , kami dibahagikan dalam 6 kumpulan iaitu , kump. kucing ,
kump. itik , kump.harimau , kump. kambing , kump. ayam dan kump. cicak .

Semua murid dikehendaki menutup mata dengan kain batik atau kain pelikat
yang dah dibawak dari rumah . Sebelum aktiviti tu berlangsung , fasilitator tu suruh baca ayat kursi lah ,
selawat dan mangucap dua kalimah syahadah . Then , dia cakap macam ni ,
"Kita nak jalan jauh ni , entah mana nyawa kamu sampai sini je ke ,apa ke , redha saja lah ya .
Dalam perjalanan kita pergi ni , kalau ada benda yang kacau atau usik kamu ke , pedulikan je.
Baca je ayat kursi atau selawat . Hati-hati dalam perjalanan yaa.. "
Panjang lebar dia bagi sedikit sinopsis tentang permainan ni .

Dalam perjalan yang sunyi , gelap tiba-tiba terdengar suara oarang menjerit .
Bacaan ayat kursi lagi kuat . Murid yang menjerit tu mengalahkan oarang histeria . Aku pun pelik .. asal ni ?

dengan secara yang tak dapat dijangkakan , tangan aku ditarik kuat dengan seseorang .
Aku mula cemas.. aku suruh kawan aku (Zawanah) supaya tarik aku .
Disebabkan tangan aku ditarik kuat , Zawanah pun terpisah dengan aku . Aku disuruh duduk
kat mana tah.. maklumlah, mata dah kena tutup ngan kain batik ..

Tak lama tu , aku dengar bunyi orang menangis . Aku pun jerit " Woi ! sape tu ? Hanisah ye ?".
Tangan aku bergerak dalam gelap tu tiba-tiba Hanisah datang pastu nangis .
Aku kata "kuatkan semangat , tu cuma fasilitator yang kacau kita je.. aku ada ni. Kalau
ada pape , kita baca ayat kursi tu kuat-kuat ye.. . Hanisah pun mengiyakan je..
Kitaorang pun jalan... ehh, ehh ada satu suara tua yang kata camni ,
" Cuu, jom ikut nenek jom .haaaarrrghh ... marilah ikut nenek , kita balik rumah yaa.. ".

Tegak bulu roma aku . Hanisah , aku ngan Zawanah meninggikan volume suara kitaorang untuk baca
ayat kursi . Lepastu , kitaorang diganggu oleh sape entah.. dia gelak camni " Whhaaahahahahahah ! warrggghhhh ! kau nak pergi mana tu ? tak takut ke jalan kat tempat macamni haaa ? Wahahahaha !

Dengan muka yang dah basah dengan peluh , Z.A.H (Zawanah , Ain , Hanisah) pun patah balik..
GEDEBUKKK ! jatuh.. longkang rupanyaa .. kitaorang
meneruskan perjalanan yang tak tahu arah dan tuju .. tiba-2 GEDEGANGGG ! terhantuk tiang besi tuu..

Dengan tiba-2 suara sir pun muncul . " Ehh , korang ni nak ke mana ?. Korang tau tak
yang korang dah jauh ?? . Mehh sini jom kita pergi tempat ramai kawan-2 .
Kitaorang serba salah.. sama ada nak ikut atau tak ?..
Bila bincang , kitaorang pun ikut lah... sir suruh kitaorang duduk.. aku dapat rasa betapa
leganya bila kain batik tu ditanggalkan dan boleh melihat alam yang gelap kat sekolah tu lagi .

Ingatkan nak pergi jauh lah sangat , rupanya balik kat kantin sekolah jugakk..
"Allah huakbar ! Allah huakbar ! " . Semua pelik.. suara siapa pulak tu ?
rupanya ada murid yang ketinggalan group .. Kitaorang tengok reaksi dia yang tengah
panik tu.. Cikgu kata jangan ketawa . Tapi , disebabkan terlampau lawak , akhirnya berderai
jugak gelak tawa kitaorang..
_______________________________________________________
itulah pengakhiran permainan ni . Akhirnya mandi dan sleep zzzz..
_______________________________________________________

    

Older Post